Ahad, 14 Januari 2018

Dietetik UIA Kuantan

Masuk je degree kat UIA, macam2 berubah..and da tak sama mcm cfs dulu. Kalau di cfs kebanyakan lecturer suka suap2, kat UIA kuantan ni semuanya kena sendiri. Tapi still, ada beberapa lecturer yang baik hati...sanggup highlight kan topik penting apa yg kena baca, siap bagi slides completes etc. Alhamdulillah :)

Dapat sambung degree dalam bidang dietetik amat memberikan satu makna buat imah. Sebabnya bidang ni special sgt berbanding bidang lain yg 5 lagi tu. Bidang ni pasal makanan...bende yg kau hadap setiap hari...and ape effect makanan tu dekat tubuh bdn kita...and meluas lagi la.

Best jadi budak diet ni. Nak diet senang. Nak paranoid kat makanan lagi la senang. Sebab budak diet je tau betapa banyaknya kilocalorie dlm makanan yg kita hadap setiap hari tu taw..hahaha. Padan lah ayah imah penah takbagi imah amik diet dulu. Dia cakap, kawan dia yang dietitian tu kurus kering. Dia taknak imah jadi mcmtu. Taktahulah dia gurau ke apa...tp Alhamdulillah, imah dah masuk da pun kos ni. Ayah okay je :P

Setakat dh masuk kos ni, semua subjek best. Takde yg tak best. Sumpah! So adik2 allhs cfs, pilihlah diet eh. Janji tak nyesal. Cuma satu je. Kau kena suka memasak la. Sbb ada subjek memasak..haha >,< . Basically, sillibus diet skrg ada perubahan berbanding dulu2. Batch imah la batch first yg kena hadap penukaran syllabus tu. Apa yg berubah?

 - Takde dah short sem masa 2nd year. Sebab subjek short sem tu dah bawak ke 4th year masa clinical nnti.
Pro: Boleh cuti 3 bulan lamanya pas habis 2nd year. Yeehaa!! :D
Cons: Maybe 4th year subjek short sem ni mengacau kita masa nk rotation. Sbb penah dgr ada senior kata time rotation tula logbook payah nak settle. Kena pandai jaga masa :(

- Subjek Functional Biochemistry dan subjek Clinical Biochemistry dah digabung menjadi satu subjek iaitu subjek Nutritional Biochemistry.
Pro: Semakin ringan subjek ni, sbb  dia  da gabung kan. Sbb dia da pack kan byk2 topik. So ada topik yg dia pendekkan. Lagi mudah. Lagi senang nak score :D
Cons: Tkdpt belajar lebih mndalam mcm yg senior da blajar :(


- Subjek Food Microbiology da ditukar nama ke Nutritional Microbiology



- Ada certain subjek yang dah ditukar code.



- Final Year Project (FYP) ditukar nama ke Research Project in Dietetics (RPID) sebab buatnya masa 3rd year. Tu yg tak dipanggil final year project dah. Sbb masa 4th year dah takde kelas. Fully clinic and Community/Catering Placement. <------- yang pasal ni bukan batch imah je affect. Da lama kot...sejak zaman senior lagi dipanggil RPID.



Tu jela kot yg berubah. Setahu imah la. Okay, dah la kot membebel harini. Sambung lenkali pulak. Ada apa2 nak tanya just komen kat kotak komen bawah ye. Babai! :)




P/S: Bawah ni gambar apron batch imah. Lawa kan? ;)