jom beli aksesori kucing di kedai kami :D .Dari bath tub, laser, terowong hinggalah ke baju dan topi kucing, semuanya pasti membuatkan meow anda tersenyum puas! ^_^ . search facebook ------> Ieyma Cat Accessories

Isnin, 19 Oktober 2015

Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta


Assalamualaikum semua...

Harini imah nak story serba sedikit perjalanan mengambil lesen memandu kereta di sebuah sekolah memandu di Kuantan. (*Maaf, nama sekolah memandu itu terpaksa dirahsiakan kerana ada peristiwa yang tak enak berlaku semasa mula-mula belajar amali kereta di situ). Kepada adik-adik yang nak mengambil lesen memandu kereta, especially adik-adik lepasan SPM, semoga entry dari akak imah ni dapat memberi gambaran awal sebelum anda semua mengambil lesen kereta ini nanti. Untuk makluman, entry ni Oktober tahun 2015..so rasanya JPJ tak tukar apa2 format/syllabus lagi setakat ni. Ni yang terbaru. So jgn risau hokay adik2. Baca je entry hakak ni...haha.

Oleh kerana imah takde cikgu memandu lagi, (means imah tak book cikgu awal2 macam sesetengah orang lain yang sebelum masuk ceramah pun dah ada cikgu dah) , so imah walk in je lah kat kaunter utama sekolah memandu tu. Imah cakap kat akak kaunter tu untuk buat lesen kereta (D) manual. So, akak tu cerita lah serba sedikit tentang yuran n berapa nak kena bayar for the whole process sampai la dapat lesen P. Tengok kat situ mahal gak la... RM1220 lebih. Standard la lesen kereta kan? Haaaa. Jadi untuk haritu, imah cuma bayar yuran pendaftaran, KPP01 D (ceramah) n Ujian Bahagian 1 Berkomputer.



                 Pendaftaran                                  RM  50.00
                 KPP01 D (ceramah)                     RM180.00
                 Ujian Bahagian 1 Berkomputer   RM  30.00
                 + GST 6%                                    RM  15.60
                 -----------------------------------------------------
                 TOTAL                                        RM275.60
                 -----------------------------------------------------

Lepas dah bayar jumlah kat atas ni, akak tu suruh imah pilih untuk datang ceramah sama ada hari Sabtu/Ahad ni. So, imah pilih hari Ahad :)

Hari Ahad pun tiba. Pagi2 lagi terus bertolak ke sekolah memandu tu. Alhamdulillah imah dapat 2 orang membe baru..hihi. Masing2 dah ada cikgu..imah je belum lagi..huhu. Sebelum start ceramah, kami kena scan cap jari dulu utk kehadiran. Setelah itu, pegawai yang bertugas bagi kami fail n sebuah buku teks. Tebal gak buku teks tu..haha


Ya..memang tebal. Tapi jangan pandang sebelah mata taw. Buku ni lah yang amat berguna untuk kita score waktu ujian Bahagian 1 Komputer (statik) tu nanti taw.

Then, berceramahlah kitorang..haha. Ngantuk tu ngantuk la jugak, tapi Alhamdulillah imah takdela sampai tertidur. Kalau ikutkan, ceramah KPP01 tu sebenarnya 6 jam, tapi kami balik awal, pukul 4 petang setelah majoriti menyuarakan pendapat nak balik awal, n pendapat kami disokong oleh penceramah itu sendiri...kihkih. At the end of the ceramah, penceramah tu offer la kitorang buku latihan ujian komputer. RM5 senaskhah. Hokay..kat sini imah memang nak tekankan sangat2 kat korang....

PLEASE BELI !
PLEASE BELI !!
WAJIB BELI!!!


Sebab apa?? Sebab buku ni lah yang banyak tolong imah waktu jawab ujian komputer tu. Buat je kesemua 500 soalan dalam buku latihan ni. Boleh katakan 95% soalan n jawapan diambil dari buku ni sebijik-sebijik dalam ujian komputer sebenar tu nanti taw. Percayalah!!! Takkan nyesal punyer!


Udah selesai ceramah dong..seminggu lepas tu terus imah book ujian komputer bahagian 1 tu. imah book dekat MyEG Indera Mahkota. Sebelum masuk ujian, kena amik gambar dulu utk send ke Putrajaya. Amik gambar tu kena bayar RM10. Then, barulah masuk ujian komputer tu. Takleh bawak handbag/ handset. Kena bawak i/c n letak kat meja komputer sepanjang jawab soalan tu. Dalam 12 minit jawab, akhirnya siap jugak imah 50 soalan. Markah kena at least 42/50 baru boleh pass n dapat lesen L tu. Guess what berapa imah dapat out of 50???

JENG ! JENG !! JENG !!!


Alhamdulillah..imah dapat full mark 50/50.. Rezeki mengandungkan Firnas..yeayy! Hihi. Tula yang imah cakap awal2 tu.. tak rugi taw beli buku latihan 500 soalan tu. Setelah dah dapat keputusan lulus, apalagi, terus imah bagi kertas slip keputusan tu kat sekolah memandu imah untuk proceed kepada proses lesen L. (Sebelum tu fotostat dulu slip keputusan tu buat kenangan :p )
Kena bagi sekali 2 keping gambar background putih kat dorang untuk proses tu. Bayaran lesen L ialah RM30. 

Setelah 4 hari, lesen L pun siap. Tembam sungguh gmbar passport muka imah dalam lesen L ni. Memang adat orang mengandung la kan...semua tempat jadi berisi. Pipi pon seghupe pau dah. Hayyo.


Untuk lesen L ni, dia laminate je. Nanti bila dah dapat lesen P, baru la dia buat dalam bentuk smart card macam i/c MyKad kita tu. Haish, ni tak sabar nak terus dapat lesen P ni..hehe. Haritu dapat lesen L, haritu jugak la bermula kelas amali KPP02 bersama cikgu memandu. Means, start amali kereta. Nervous gak la imah, sebab sebelum ni tak pernah bawak kereta manual. Kereta auto pun belajar sekejap je, suami ajar, tu pon bawak main round2 kat tapak pasar malam sungai isap tu jek >.<

Imah dapat cikgu memandu lelaki. Ok la, dia tak gatal pun. Pandai jaga adab dengan student. Tak pegang stereng kita waktu belajar memandu. Berikut apa yang imah belajar seharian untuk KPP02 dengan cikgu tersebut:

1. RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)
      Yang ni kena terangkan bahagian luar kenderaan tersebut satu2, masing2 dalam keadaan baik ataupun tidak. Bermula dari roadtax, puspakom, no plat kereta, tayar, pintu kereta, cermin kereta, bahagian bawah kereta ada bocor ataupun tidak, bahagian dalam bonet belakang hinggalah ke ruangan enjin. Kat ruangan enjin tu, kena terangkan pasal keadaan minyak enjin, minyak brek, hos, tangki simpanan air, tangki air pengelap cermin, bateri, radiator n tali sawat. Fuhh

2. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)
     Yang ni pulak dalam kereta. Mula2 kena laraskan tempat duduk bagi kaki kita sampai tekan clutch ke lantai. Pastu laraskan cermin sisi (1/4 nampak badan kereta, 3/4 lagi nampak sekeliling background belakang kereta. Laraskan pula cermin pandang belakang bagi satu level dengan bumbung kereta (utk view lagi menyeluruh pada belakang kereta). Then, pusing kunci kereta sedikit (jangan bukak enjin lagi). Test setiap benda dekat dashboard tu, dalam keadaan baik ke tak. Wiper, signal, lampu hazard, hon, tolok2 dekat meter tu... Then pastikan handbreak ditarik n gear dlm keadaan bebas. Pastu pakai tali pinggang keledar (uji dulu) , baru lah start enjin :)

3. BUKIT
       Part ni kena daki n turun bukit. Yang ni imah ada terundur sikit..huhu. Curam giler kot bukit tu. So far okay je. Well..what do you expect utk hari pertama blajar kereta kan? Takkan terus pandai..

4. PARKING SISI
       Yang ni imah ok..Alhamdulillah. Cuma kena banyak pusing2 stereng..lenguh tangan..fuhh

5. 3 PENJURU
       Yang ni pun ok.. Alhamdulillah

6. JALAN Z
       Ok la...

7. JALAN S
       Ni imah terlanggar divider sikit..sempit kot jalan S ni...

Haaa...dah habis KPP02 tu... Next, proceed dengan KPP03, 10 jam. Hokay, ni lah bermula cerita yang tak enak tu. Cikgu imah tu dia banyak sangat bagi alasan nak buat kelas. Cakap harini esok jadi, esoknyer pulak tiba2 tak jadi. Ni yang memang buat imah betul2 fed up. Seminggu lebih taw imah tunggu nak start KPP03 tu, tapi cikgu tu keep on delaying class. Disebabkan itu, imah mintak kat sekolah memandu tu untuk tukar cikgu. SO, sekarang imah tengah tunggu cikgu yang baru la ni. Nanti dah start KPP03, imah update semula entry ni ya. Doakan imah cepat dapat cikgu baru ya. Bye semua..